Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua dan semoga diberikan nikmat kesihatan olehNYA. Okay baik, pada positng kali ini saya nak tarik isu mengenai urutan dan stroke? Isu ni dah lama dalam masyarakat kita. Asal kena stroke je mesti cari tukang urut dan kebanyakannya urut saraf. Pada pendapat saya URUT tu tak salah tapi kena ada penambahan yang paling penting iaitu rehabilitasi. Partner saya adalah seorang fisioterapi, jadi saya tahu kepentingan seorang pesakit stroke untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Sama ada urut saraf, skupuntur, fisioterapi dan sebagainya.
Kami dalam perubatan tradisional dan komplementari juga mempunyai cara kerja yang mengikut SOP dan bukan membuta tuli. Alhamdulillah, terapi PTK sekarang ramai yang dah celik ilmu dan mengikut ketetapan dari KKM termasuklah saya. Contohnya, bila berhadapan dengan pesakit stroke, kita perlu sentiasa ukur tekanan darah mereka supaya dapat mengelakkan risiko-risiko yang tidak sepatutnya. Untuk rawatan stroke ini, saya kebiasaanya akan gabungkan rawatan alternatif dan moden.
Cara rawatan saya adalah seperti di bawah:
1. Urutan pemulihan2. Urutan saraf
3. Urutan Ais
4. Pembetulan tulang belakang
5. Stretching/regangan otot (pemantauan fisioterapi)
6. Bekam darah
7. Senaman kekuatan (pemantauan fisioterapi)
8. Latihan berjalan (pemantauan fisioterapi)
Saya tidak menghadkan pesakit saya untuk mengambil sebarang suppliment atau ubatan herba. Kerana sebenarnya ubatan tambahan ini mampu membantu baikpulih sistem dalam badan tetapi perlu dalam pemantauan oleh mereka yang dalam bidang tersebut.
#PS dinasihatkan agar mendapatkan rawatan segera dalam jangka masa 7 hari serangan stroke. 😃
Aris Therapy
010-2361345
Shah Alam
TTB 3 dalam 1 versi stroke