![]() |
ALHAMDULILLAH
Setelah lama bergerak sendiri akhirnya partnerku mengambil keputusan untuk daftarkan perniagaan aku ni. Katanya kalau nak buat bisnes kena serius. Jadi masa tu aku follow je lagipun ni lah punca pencarian utama aku.
Jadi 22 Mei 2019 Aris Therapy telah didaftarkan di bawah SSM. Permulaan memang sukar dan ambil masa untuk orang kenali kita. Tapi nasib aku baik sebab aku ada partner yang sentiasa menyokong aku.
Katanya kita kena bagi orang NAMPAK SERVIS KITA, PERCAYA DENGAN SERVIS KITA. Jadi dari situ kami kumpulkan testimoni, video dan posting di fb group setiap hari. (almaklumlah takde modal lagi nak buat fb ads).
Kami target market masyarakat sekeliling sahaja di bandar putra 2, jalan kebun dan sekitar. Alhamdulillah sekarang dah ramai yang yakin dengan servis aku ni dan orang dah mula recommend datang tempat aku.
Syukurnya Ya Allah‼️
.
#aristerapi #aristherapy #jalankebun #shahalam #kotakemuning #bandarputra2 #bukitkemuning #sijangkang #telokpanglimagarang #bekamsunnah #bekamklinikal #urutsaraf #urutanswedish #TerapiTulangBelakang #TTB3IN1 #urutbekamshahalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan